Blogger Widgets Blogger Widgets

Monday, October 26, 2009

Panggilan Hormat

Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis yang dikendalikan. Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri adalah seperti berikut:
  • Yang di-Pertuan Agong - *DYMM Seri Paduka Baginda
  • Raja Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda
  • Raja Perlis - DYMM Tuanku
  • Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan
  • Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku
  • Sultan Selangor - DYMM Sultan
  • Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan
  • Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
  • Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
  • Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan
  • Sultanah Pahang - DYMM Sultanah
  • Sultan Terengganu - DYMM Sultan
  • Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu
  • Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku
  • Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku
  • Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan
  • Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah
  • Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka Seri Sultan
  • Raja Permaisuri Perak - DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan
  • Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Tuan Yang Terutama
  • Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Yang Amat Berbahagia*DYMM = Duli Yang Maha Mulia
Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang lain ialah:
  • Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
  • Isteri Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
  • Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
  • Isteri Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
  • Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berhormat
  • Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berbahagia
  • Menteri, Timbalan Menteri - Yang Berhormat
  • Isteri Menteri dan Timbalan - Yang Berbahagia
  • Tun/isteri - Yang Amat Berbahagia
  • Tan Sri/isteri - Yang Berbahagia
  • Datuk selain negeri Johor - Yang Berbahagia
  • Dato’ dari negeri Johor - Yang Berhormat
  • Raja/Tengku - Yang Mulia
  • Isteri Raja/Tengku - Yang Berbahagia
  • Panglima Angkatan Tentera/isteri - Yang Berbahagia
  • Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia
  • Ketua Hakim Negara - Yang Amat Arif
  • Isteri Ketua Hakim Negara - Yang Amat Berbahagia
  • Hakim Besar - Yang Arif
  • Isteri Hakim Besar - Yang Berbahagia
  • Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Arif
  • Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Berbahagia
  • Peguam Negara/isteri - Yang Berbahagia
  • Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri - Yang Berbahagia
  • Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/isteri - Yang Berbahagia
  • Ketua-Ketua Jabatan Negeri - Yang Berusaha/Yang Berbahagia

Friday, October 9, 2009

George Town - Hari Ini Dalam Sejarah -


Georgetown merupakan ibu negeri Pulau Pinang , Malaysia. Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light, Georgetown adalah bandaraya yang ketiga terbesar di Malaysia dengan bilangan penduduk melebihi 500,000 orang; zon metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang, Seberang Perai, selatan Kedah dan utara Perak mempunyai penduduk melebihi 2,000,000 .Georgetown pernah menjadi bandaraya terpenting di Semenanjung Malaysia dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan Kuala Lumpur. Georgetown adalah bandaraya tertua di Malaysia selepas Ratu Elizabeth II memberikan status bandaraya pada 1 Januari 1957.

Georgetown dan Pulau Pinang pada asalnya adalah kepunyaan Kedah tetapi diberikan kepada Syarikat Hindia Timur British pada 1786, setelah Sultan Muhammad Jiwa menandatangani perjanjian yang Syarikat Hindia Timur British akan memberikan perlindungan dari serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786 Kapten Francis Light menaikkan bendera Union Jack di Fort Cornwallis. Pembangunan di Georgetown pada asalnya tertumpu di kawasan Kota Cornwallis, selepas itu jalan-jalan mula dibina. Beach Street (Lebuh Pantai), Light Street (Lebuh Light), Pitt Street (Jalan Masjid Kapitan Kling) dan Chulia Street (Lebuh Chulia) adalah jalan-jalan yang pertama dibina di Georgetown. Jalan-jalan ini membentuk tulang belakang sistem jalanraya yang hendak dibangunkan. Selepas itu Church Street (Lebuh Gereja), Bishop Street (Lebuh Bishop), China Street (Lebuh China) Market Street (Lebuh Pasar), Armenian Street (Lebuh Armenia) dan Acheen Street (Lebuh Acheh) dibina, jalan-jalan ini masih wujud sehingga ke hari ini.
Kapten Francis Light mengiystiharkan Georgetown sebagai pelabuhan bebas dalam usahanya untuk bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan yang dibangunkan di koloni-koloni Belanda. Kapten Francis Light meninggal dunia pada tahun 1794 akibat penyakit malaria dan dikebumikan di perkuburan Protestan , Northam Road (Jalan Sultan Ahmad Shah).
Pembukaan Terusan Suez juga menyumbang kepada pembangunan Georgetown. Pembangunan Georgetown telah menarik pelbagai jenis orang dari serata dunia. Selain Melayu, Cina, India dan British terdapat komuniti Acheh, Arab,
Armenia, Burma, Eurasia, Filipina, Jerman, Jepun, Switzerland dan Yahudi. Sungguhpun komuniti-komuniti ini kecil tetapi kehadiran mereka dapat dirasai. Banyak nama jalan yang berkait rapat dengan komuniti-komuniti ini seperti Acheen Street, Siam Road, Armenian Street, Burma Road, Rangoon Road, Gottlieb Road, Katz Street dan Jalan Yahudi (Jalan Zainal Abidin) dimana terdapatnya perkuburan Yahudi. Terdapat juga synagogue orang Yahudi di Jalan Nagore, Georgetown (tetapi ditutup pada tahun 1976).